Dalam suatu kejadian yang lain pula, ulama berkenaan dikunjungi oleh seorang atheis yang tidak percaya adanya Tuhan. Atheis itu cuba menyindir ulama dengan berkata: “Tuhan anda tidak adil, mengapa Tuhan cipta manusia berbeza-beza, ada yang kurus, gemuk, tinggi, pendek, hodoh dan cantik. Ada pula yang mati tua, mati muda dan pelbagai lagi…”
Dengan selamba ulama itu bertanya kepada atheis tersebut, “Awak ada pelihara ayam tak?”
Jawab si atheis, “Iya, ada. Mengapa pula?”
Tanya ulama itu lagi, “Adakah awak pernah mengambil telur ayam itu, menjualnya atau menyembelih ayam tersebut; Dan adakah yang awak jual dan ada juga yang awak tidak jual, ada yang awak sembelih dan ada juga yang tidak disembelih hari ini?”
Jawab atheis itu lagi, “Iye, ada..”
Balas si ulama, “Mengapa awak buat begitu?”
Dengan pantas si atheis menjawab, “Itu saya punya sukalah, sebab ayam-ayam itu saya yang punya.”
“Begitu juga dengan jawapan saya, kesemua manusia adalah milik dan kepunyaan Tuhan kami; Dia punya sukalah nak buat apa-apa terhadap kami.” Jawab ulama itu sambil tersenyum penuh makna.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Moutain Flight : New Android Game
10 years ago
0 comments:
Post a Comment