Monday, 16 December 2013

Kempen ‘Kammil Gameilak’ sasar 30 juta tanda tangan, mahu As-Sisi tanding kerusi Presiden Mesir


Kempen ‘Kammil Gameilak’ sasar 30 juta tanda tangan, mahu As-Sisi tanding kerusi Presiden Mesir

sisi2
MESIR, 9 Sept – Akhbar Mesir semalam melaporkan pelancaran sebuah kempen yang mahu mendesak Ketua Tertinggi Tentera, Jeneral Abdul Fattah As-Sisi yang menggulingkan Presiden Mohamad Morsi supaya bertanding merebut kerusi Presiden Mesir akan datang.
Kempen ‘Kammil Gameilak’ bermaksud ‘Sempurnakan Kehebatanmu’ merujuk kepada kehebatan dan keberanian As-Sisi menggulingkan Presiden Morsi yang dituduh sebagai pemimpin yang tidak berkaliber dalam memerintah Mesir.
Kempen itu juga mengangkat As-Sisi sebagai hero yang telah menyelamatkan negara daripada dikuasai oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang kini digelar sebagai kumpulan pengganas.
Pengasas kempen Nasrullah Rifaie berkata, rakyat Mesir telah menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang pemerintahan Morsi dan Ikhwan.
“Kami yakin dengan ketokohan As-Sisi dan kami berusaha mengumpulkan 30 juta tanda tangan rakyat supaya As-Sisi bertindak merebut kerusi Presiden,” katanya.
Dalam sudut lain, sebenarnya As-Sisi adalah orang kepercayaan bekas presiden Hosni Mubarak yang bertanggungjawab menggulingkan Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamad Morsi.
As-Sisi juga bertanggungjawab menyebabkan kematian ribuan rakyat yang tidak bersalah apabila pasukan keselamatan menyerang kumpulan penyokong Morsi yang berhimpun di Medan Rabaah dan Medan Nahdah.
Sementara itu, media rasmi Ikhwan Muslimin Ikhwanonline.com melaporkan perhimpunan-perhimpunan yang bertali-arus diadakan di seluruh negara Mesir sebagai bantahan ke atas kekejaman pihak tentera.
Media itu juga melaporkan berita penangkapan pimpinan gerakan itu oleh pihak keselamatan atas tuduhan terlibat dengan keganasan sedangkan mereka hanya berjuang menuntut hak mereka yang dinafikan sejak Morsi digulingkan awal Julai lalu.

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...