Monday 16 December 2013

PBB – Syria sah guna senjata kimia, pelaku jenayah perang


pbb
17 Sept – Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon dalam kenyataannya semalam berkata bahawa pasukan pemeriksa senjata kimia PBB akan kembali ke Syria dalam masa terdekat untuk melengkapkan laporan penggunaan senjata kimia oleh tentera Syria dalam serangan ke atas bandar Ghoutah dekat Damsyik.
Katanya, penggunaan senjata kimia dalam serangan itu adalah yang paling buruk dalam tempoh abad ke-21.
Beliau menyifatkan kerajaan Syria sebagai pelaku jenayah perang apabila serangan itu menggunakan senjata kimia yang amat berbahaya dan menyebabkan ramai kematian.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan persetujuan yang dicapai untuk menyelesaikan isu senjata kimia ini menerusi pelan yang dicadangkan oleh Rusia.
Minggu lalu, semua pihak termasuk Syria, Amerika dan Rusia bersetuju supaya Syria menghapuskan senjata kimia tersebut lalu menyebabkan Amerika menarik balik rancangannya untuk menyerang Syria.

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...