Monday, 16 December 2013

TUAN GURU HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN

TUAN GURU HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN

SINOPSIS

Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Rahman berasal dari Pattani, Thailand dan mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar awal 1880-an. Pada masa penghijrahannya, beliau mencari rezeki dengan mengambil upah  membajak sawah kepunyaan seorang petani di kawasan Permatang Nibong, Permatang Pauh. Agak lama beliau bekerja demikian sehingga beliau dikenali oleh kebanyakan orang kampung.

Ketokohan dan ketinggian ilmu beliau mula dapat disedari oleh masyarakat distu apabila beliau berjaya menyelesaikan beberapa masalah agama yang dibicarakan penduduk. Kebijaksanaan Haji Ahmad dalam menyelesaikan beberapa isu agama telah menjadi perbualan penduduk setempat sehingga beliau menjadi sumber rujukan bagi sebarang hal ehwal agama.

Lantaran itu, penduduk kampung bersepakat untuk mendirikan sebuah kawasan pengajian kecil untuk kemudahan Haji Ahmad mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk sekitar. Niat murni itu telah membuatkan seorang individu dari Alma untuk mewakafkan sebidang tanahnya di kampung Padang Lalang untuk dijadikan tempat pengajian ilmu-ilmu agama.

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...