Monday 16 December 2013

Mahasiswa Produktif


1456606_578857465519485_1730918531_n
Sejak saya dan rakan-rakan pengasas iluvislam bergiat aktif dengan iluvislam pada September 2006, Allah beri saya peluang untuk ‘interview’ beratus-ratus calon mahasiswa dan graduan untuk samada menjadi staf iluvislam atau volunteer iluvislam.
Sepanjang pengalaman itu, saya dapati sangat ramai mahasiswa dan graduan kita yang belum mencapai tahap yang memuaskan bagi saya untuk ‘hire’ mereka. Bila saya kaji, antara faktor utama masalah ini berlaku adalah kerana mereka gagal mengambil peluang belajar di universiti untuk mengasah diri menjadi insan yang luar biasa hebat.
Sebaliknya, semenjak saya bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah, saya menemui ramai insan-insan hebat yang bukan sekadar berjaya di tahap SPM, tetapi juga berjaya di universiti dan tempat kerja. Malah mereka bukan sekadar cemerlang dalam akademik, malah juga sahsiah dan sentiasa memberi sumbangan kepada komuniti.
Semasa saya tingkatan 5, Faridzul Nasaruddin adalah antara seorang sahabat yang saya gentar bila melihat kehebatan dan sumbangannya di sekolah. Apabila saya berpeluang melanjutkan pengajian di UIA, sekali lagi saya bertemu dan semakin hormat kepadanya. Ketika itu beliau merupakan Presiden Persatuan Undang-Undang UIA Gombak. Setelah graduasi, beliau berjaya mendapat pekerjaan di agensi kerajaan dan syarikat terhebat, Security Commission (SC) dan juga Petronas.
Dr. Wan Yusof Wan Jeffery adalah pencetus kepada idea penubuhan iluvislam. Tambahan pula, nama ILUVISLAM itu datang dari beliau. Seorang yang terkenal di Kolej Yayasan UEM kerana kemahiran IT dan multimedia, beliau juga seorang sahabat yang saya kerap temui di Surau As-Saad. Sejak kecil, insan kecil molek ini adalah seorang yang sangat suka membaca buku. Semasa melanjutkan pengajian perubatan di Dublin, Ireland, beliau menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Ireland. Walaupun sangat sibuk dengan persatuan, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan kini sedang berjinak-jinak dengan bisnes.
“Luar biasa.”
Itulah ungkapan peribadi saya untuk Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali (Prof. RARA). Pengalaman lebih 20 tahun di Ireland sebagai pelajar perubatan dan doktor pakar, sudah pasti banyak tips dan ilmu yang beliau boleh kongsikan. Prof. RARA sangat dikenali oleh mahasiswa-mahasiswa di UK & Ireland kerana sikapnya yang mudah untuk berkongsi ilmu serta pengalaman. Beliau merupakan mentor kepada Dr. Wan Yusof dan mentor bagi ramai lagi mahasiswa kita di sana. 6 bulan lepas, beliau membuat keputusan untuk pulang ke negara tercinta untuk memberi sumbangan terus kepada rakyat Malaysia.
InsyaAllah, ketiga-tiga sahabat saya di atas merupakan contoh tauladan bekas mahasiswa yang sangat luar biasa hebat pada pandangan saya dan ramai orang. Bukan sekadar memberi inspirasi kepada ramai orang, malah ilmu dan kemahiran yang mereka miliki bakal dikongsikan dengan anda!
1476400_578869235518308_1872444112_n
Bagaimana Ingin Menyertai Mahasiswa Produktif?
Buat julung kalinya, Mahasiswa Produktif akan diadakan pada 22 Disember 2013 (Ahad) di Auditorium HUKM, Cheras. Yuran penyertaan hanya RM 10 untuk seorang.
Jika anda berminat, sila ‘Private Message’ (PM) kami di FB page Mahasiswa Produktif dengan sertakan (1) Nama Penuh, (2) Email dan (3) No. Telefon. Sila klik link di bawah untuk PM kami :
https://www.facebook.com/messages/mahasiswaproduktif
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh PM kami juga atau hubungi nombor telefon berikut : 0172409457.
Berminat Menjadi Ejen Jualan Tiket?
Ya, kami buka peluang kepada para mahasiswa untuk menjana pendapatan sebanyak RM 5 untuk setiap tiket yang berjaya anda jual!! Jika berminat, sila PM kami bersama
(1) Nama Penuh,
(2) No. Telefon,
(3) Email dan
(4) Nama Universiti.
Sila PM di link berikut : https://www.facebook.com/messages/mahasiswaproduktif
Special Contest Bernilai RM200!
Jika anda berkongsi status dan gambar di status saya tentang ‘event’ ini di FB anda, dan bilangan ‘like’ dan ‘share’ dalam status anda itu mendapat bilangan ‘like’ dan ‘share’ terbanyak, kami akan berikan hadiah berupa merchandise iluvislam bernilai RM 200! Apa lagi, jom share status ini dengan kawan-kawan lain!
iLuvIslam: Inspiring the Ummah
Moga-moga usaha ini diberkati Allah SWT. Mohon doakan kami.
Salam sayang,
Mohd Nurul Imran Koyube,
Co-Founder iluvislam,
2006-2013
JOM DAFTAR SEKARANG kerana TEMPAT AMAT TERHAD!

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...