Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:

Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:

Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:

Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:

Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:

Tuesday 25 March 2014

Sedih:Anak yatim melukis gambar ibunya ini di lantai dan tidur disebelahnya

Sedih:Anak yatim melukis gambar ibunya ini di lantai dan tidur disebelahnya

Gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di Palestin, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu. - Nourislam.com

Tak boleh dibayangkan, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur. Hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki, entah kemana tersebab perang. Tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi, mama.

Kisah seorang anak kecil yang melukis Ibunya pada sebuah tingkat ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu, Ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para Nabi palestin, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di Palestin yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara Palestin dan israel, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain.

Bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemelihaaraan kita sebagai anak dihari tua kedua-dua orang tua, ibu bapa kita, jangan sia-siakan.

Berbaktilah pada orang tua kita, datangilah mereka untuk mintakan keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada, ukirlah senyum di wajah mereka, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu'afa, santunilah mereka, kerana hampir-hampir saja syurga berada di sekitar mereka sebagaimana sabda Nabi kita tercinta.

Ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang Palestin, Syria dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita, hanya saja mereka tak punya tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kasih sayang, dan jika kita diberi kemampuan oleh Allah Ta'ala mari menjadi Ibu dan Bapak bagi mereka, kalau bukan kita siapa lagi.

Rabbighfiry wa liwalidayya warhumà Kama rabbayànà shaghìrà, Allahumma a'izzal Islam Wal Muslimin wanshuril ikhwànanàl mustadh'afìna wal mujàhidìna fi kulli makan ya 'Aziz Ya Qahhar Ya Rabbal' Alamin

Sumber - DetikIslam

Monday 24 March 2014

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’“

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

*Sumber dari akuislam.com

Sunday 23 March 2014

Jambatan Paling Panjang dan Paling Lama Dilalui

Jambatan Paling Panjang dan Paling Lama Dilalui

Jambatan titian sirat yang lebarnya hanya sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang. Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yang luas.

Diceritakan bahawa, untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun. 5 ribu tahun menaik, 5 ribu tahun mendatar dan 5 ribu tahun menurun.

Al-Siraá¹­ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم‎), atau Al-Sirath (Bahasa Arab: الصراط‎) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang berasal dari bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "jalan yang lurus". Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang berbunyi:

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )

Dalam konteks Islam Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka.

Orang yang pertama kali melintasi titian Sirath itu adalah Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!”

Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71, “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya. - Surah Az-Zumar, Ayat 71.” dan Surah Al-Hijr, 15,44. “Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. - Surah Al-Hijr, 15,44.”

*Sumber dari ms.wikipedia.org/wiki/Sirat-al-Mustaqim dan
peribadirasulullah.wordpress.com

Saturday 22 March 2014

Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!

Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!

ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.
Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garispandu atau batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.
Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.
Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.
Apa dia aurat? Dari segi bahasa, aurat berasal daripada perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah syara‘ pula, aurat ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang ramai. Aurat lelaki ialah di antara pusat dengan dua lutut. Sementara aurat perempuan pula ialah seluruh anggota tubuh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan (luar dan dalam) sehingga dua pergelangan tangannya.
Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya, sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu dengan apa jua cara sekalipun.
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah haram dengan nas al-Quran, hadits dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar. Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah.Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup bahagian aurat.
Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini sungguhpun di antara sesama lelaki ataupunsesama perempuan. Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelakimemandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya.
2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir.Maksudnya di sini ialah apa-apa pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.
3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.
4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.
5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu, dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.
Maka sebagai merealisasikan rasa taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘ pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
WALLAHU'ALAM
*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn

Friday 21 March 2014

Ibnu Bathutah bercerita tentang Syiah

naskah-kuno-ibnu-battutah

Dalam Rihlah-nya, (Tuhfah an-Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa Ajaibil Asfar, Rihlah Ibnu Bathuthah, Pustaka Al-Kautsar, Cet I, Mac 2012, hal 220-223). Ibnu Bathuthah bercerita:

".... Pada suatu ketika, Raja Iraq yang bernama Sultan Muhammad Khadabandah berjalan ditemani oleh seorang faqih yang bernama Jamaludin bin Muthahhar. Kala itu, raja masih belum memeluk Islam. Setelah dia masuk Islam, maka seluruh bangsa Tartar yang berada dalam kekuasaannya juga masuk Islam. Setelah itu, mereka semua bertambah rasa hormat kepada Faqih Jamaludin. Raja menganut mazhab Rafidhah. Faqih mengajarkan mazhab ini kepada raja dan mengistimewakannya di atas mazhab lain. Dia menjelaskan sejarah para sahabat Nabi dan para khalifah. Dia menjelaskan bahawa Abu Bakar dan Umar adalah menteri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ali adalah putera bapa saudara sekaligus menantu beliau. Faqih itu menjelaskan tema-tema seperti itu. Dia tahu, raja di hadapannya adalah pewaris kerajaan sang datuk dan kerabatnya. Dia tahu, raja baru saja memeluk Islam dan belum tahu banyak tentang sendi-sendi agama.

Raja menyeru agar rakyatnya mengikuti mazhab Rafidhah. Untuk itu, dia menghantar utusan kepada rakyat Iraq, Parsi, Azerbaijan, Isfahan, Kirman, dan Khurasan. Dia juga menghantar utusan ke pelbagai negeri. Dan negeri pertama yang disinggahi utusan raja adalah Baghdad, Syiraz, dan Isfahan. Penduduk Baghdad menolak kedatangan penduduk Bab Al-Azj. Penduduk Baghdad menganut mazhab Ahlussunnah, majoriti adalah pengikut Imam Ahmad bin Hanbal. "Kami tidak mahu melaksanakan perintah raja." Pada hari Jumaat, mereka datang ke masjid dengan membawa senjata, sementara di sana telah datang utusan raja. Saat khatib naik ke atas mimbar, 12,000 orang bersenjata mengelilingi khatib. Mereka adalah penjaga kota Baghdad. Mereka bersumpah akan membunuh khatib dan utusan raja, jika khutbah disampaikan dengan cara yang berbeza dari biasanya, dengan menambah atau mengurangkan. Setelah itu, mereka akan menyerahkan diri.

Raja memerintahkan agar nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat yang lain tidak disebut dalam khutbah-khutbah. Yang boleh disebutkan hanyalah nama Ali dan para sahabat pendukungnya seperti Ammar bin Yasir. Kerana takut dengan ancaman penduduk Baghdad, khatib menyampaikan khutbah dengan cara yang biasa dilakukan di masjid itu. Penduduk Syiraz dan Isfahan meniru apa yang dilakukan penduduk Baghdad.

Para utusan raja melaporkan kenyataan ini kepada raja. Mendengar laporan itu, raja memerintahkan agar para qadhi di tiga bandar itu dibawa menghadap. Syaikh Majdudin adalah qadhi yang pertama menghadap raja. Ketika itu, raja sedang duduk di sebuah tempat bernama Qarabagh, sebuah tempat bercuti raja di musim panas. Saat Syaikh datang, para pengawal raja melepaskan anjing-anjing besar berkalung rantai besi. Anjing-anjing itu bersedia untuk menerkam manusia yang sengaja dijadikan mangsa. Jika mangsa datang, anjing-anjing itu dilepaskan, dan orang itu melarikan diri ke sana ke mari. Setelah berjaya menangkap mangsanya, anjing-anjing itu mencabik-cabik badannya dan melahapnya dengan rakus.

Anjing-anjing itu dilepaskan di hadapan Syaikh Majdudin. Mereka mengerlingkan mata dan menampakkan taring-taringnya di hadapan Syaikh. Namun, anjing-anjing itu tidak menyerang Syaikh. Peristiwa ini didengar oleh raja. Dia keluar istana, berjalan tanpa alas kaki. Dia bersimpuh di hadapan Syaikh dan mencium kedua-dua kakinya. Dia mencium tangan Syeikh, lalu melepaskan pakaian kebesarannya. Menurut tradisi, apa yang dia lakukan itu menjadi bukti akan kemuliaan orang yang berada di hadapannya. Jika raja melepaskan pakaian kebesaran di hadapan seseorang, maka itu bererti bahawa raja memuliakan orang itu, termasuk anak-cucu dan seluruh keturunannya. Penghormatan itu terus dilakukan selama pakaian kebesaran raja, atau bahagian tertentu dari pakaian itu, masih ada. Bahagian yang paling istimewa dari pakaian kebesaran raja adalah seluar.

Raja memimpin tangan Syaikh Majdudin, menghantarnya masuk ke dalam istana. Dia memerintah seluruh isterinya untuk memberikan hormat kepada Syaikh dan bertabarruk dengannya. Raja kemudian meninggalkan mazhab Rafidhah. Dia menulis kepada rakyat untuk menganut mazhab Ahlussunnah wal Jamaah.

Raja memberikan hadiah yang banyak kepada Syaikh Majdudin, menghantarnya kembali ke Syiraz dengan penuh penghormatan.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Thursday 20 March 2014

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. agak2nya bersediakah kita? apa yg ak disediakan? biarlah bulan Ramadhan datang, kita tempuhi aje dengan hati yang terbuka. mungkin itu antara jawapannya. Kita seharusnya mempersiapkan diri dengan beberapa persediaan.

pertamanya, PERSIAPAN ROHANI. Yang dikehendaki di sini ialah kita harus bersedia dari aspek penerimaan hati terhadap Kefardhuan Puasa yang bakal dilalui. Macam mane tu? Hati mestilah ikhlas kerana Allah jalla wa’ala. bukan berpuasa kerana lainnya. Bukan berpuasa kerana ingin kurus, diet la kononnya. memang tak dinafikan bulan puasa mampu menyebabkan orang gemuk jadi kurus. Tapi kalau kita niat puasa kerana nak kurus, tepuk dada, tanyalah hati, Sahkah puasa kita? Mana ada orang berpuasa berniatkan, “Sahaja aku puasa esok hari , pada bulan Ramadhan kerana nak kurus.” Biarlah kelebihan berpuasa mampu buat orang jadi kurus itu datang tanpa kita niatkan. kita berpuasa tetapkan niat kerana ALLAH ta’ala semata2.

persiapan rohani juga membawa maksud, kita hendaklah letak dalam minda bahawa puasa adalah ibadah. Ibadah berasal dari perkataan ‘abada’ , ya’budu. Kata Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu apabila ditanya apa makna ibadah, eliau menjawab, “allaha , yu’allihu” ertinya, “mempertuhankan”. jadi, berpuasa bererti beribadah kepada ALLAH azza wajalla. beribadah kepada ALLAH bererti menyembah ALLAH.

Keduanya, PERSIAPAN ILMU. Ilmu berkaitan puasa hendaklah ada. nak ada ilmu puasa, kenalah belajar. nak belajar, carilah tok guru. nak cari tok guru, carilah yang betul, tidak sesat macam ayah pin. Ilmu sah batal puasa. rukun puasa, syarat wajib berpuasa.

Ketiga, PERSIAPAN FIZIKAL. Jasmani la tu……… Selain dari rohani, tubuh badan kita pun hendaklah bersedia untuk menghadapi Ramadhan. kalau yang ada penyakit gastrik tu, bersedialah dengan ubat2an nya. Janganlah sampai penyakit kita tu halang kita daripada menunaikan rukun Islam yang keempat tu. Kalau tiap2 tahun gastrik datang time Ramadhan, alamat tak puasa sampai mati la………

Persiapan jasmani juga maksudnya kita latih dulu diri kita berpuasa sunat Rejab, Sya’aban. Kalau dah biasa, barulah perut tak terkejut beruk bila berpuasa Ramadhan. Biarlah puasa kita itu menjadi latihan kepada kita agar menjaga makan mnum. agar selepas Ramadhan nanti, kita terus menjaga makanminum kita agar tidak mengikut nafsu.

Keempat, PERSIAPAN EKONOMI. Kewangan kena jaga… kalau betul kta nak cari pahala banyak2 bulan puasa, hendaklah kita simpan duit banyak2, untuk dibelanjakan di bulan puasa. Jadi, kita tak payah lah sibuk2 cari rezeki di bulan pUasa. rehatkan diri dari kejar dunia walaupun harus, sibukkan diri dengan kejar bekalan untuk ke akhirat. Lagipun, kalau duit banyak, boleh bersedeqah banyak2. sedeqah bulan puasa ni ganjaran phalanya berlipat kali ganda. Rasulullah pernah sebut, ” Setiap amalan anak adam digandakan baginya satu kebaikan yang dilakukan dengan 10 kali ganda , hingga 700 kali ganda sehinggalah berkali2 gandanya.”

KELEBIHAN

Kelebihan Bulan Ramadhan ke atas bulan2 yang lain ada beberapa perkara. antaranya, Rasulullah bersabda yang maksudnya, ” apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu2 neraka, dan dibelenggu syaitan2. “ Kalau syaitan dibelenggu, diikat, dirantai, digari, apa lagi yang menghalang kita daripada buat kebajikan atau amal ibadah dengan sebanyak2nya? ertinya, Tuhan sengaja memberi peluang kepada kita buat amal ibadah dan kebajikan sebanyak2nya.

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam juga pernah bersabda yang maksudnya, ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dan keampunan dari ALLAH, diampun baginya (dosanya) apa2 yang terdahulu daripada dosanya.” Inilah peluang keemasan yang tidak muncul di bulan2 yang lain. Bukan bermaksud bulan lain ALLAH tak ampun dosa. Cuma Ramadhan ni ALLAH lagi buka pintu keampunan seluas2nya. Macam sale jugak kan, supermarket, mall atau apa pun memang jual barang sepanjang tahun, tapi Big sale atau mega sale jarang2 sekali. Nah! Kalau puasa pulak, maka ingatlah bahawa ALLAH bawa TAWARAN HEBAT , BIG SALE, MEGA SALE selama sebulan untuk setahun sekali. Maka sesiapa yang berjual beli dengan ALLAH, Bulan puasalah bulan yang paling sesuai kerana untungnya banyak!! Dahlah tawarannya hebat, senang nak dapat pulak tu….tak payah nak beratur macam di Mydin Mall K.T.

lagi apa kelebihannya? la kan semua dah tau bahawa Ramadhan bulan sadaqah. Sadaqah di bulan Ramadhan ni banyak pahala. tak terbilang lah jawabnya. Rasulullah pernah sebut bahawa barangsiapa yang beri minum orang berpuasa dengan seteguk , ALLAH akan beri minum kepada nya daripada telaga nabi sallallahu alaihi wasallam yang mana ia tidak akan dahaga ketika di padang mahsyar sehingga masuk ke Syurga.

Nabi sallallahu alaihi wasallam juga sebut, ” Barangsiapa yang mengerjakan amalan sunat, pahalanya sama dengan amalan wajib. Dan barangsiapa yang buata amalan wajib, pahalanya sama dengan buat 70 amalan wajib yang sama. “ Bayangkan kalau kita solat subuh 2 rakaat di bulan puasa, macam 70 kali buat subuh di bulan2 lain!!! mana larat beb……….. itulah sifat Maha Pemurah ALLAH terhadap hambaNYA sempena Ramadhan al Mubarak ini.

AKHIRNYA, marilah sama2 kita rebut peluang setahun sekali ini untuk menjadikan diri kita golongan yang benar2 berTAQWA sebagaimana kehendak ALLAH sendiri yang menyebutkan dalam al Qur’an yang maksudnya, ” Wahai orang2 beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa (di bulan Ramadhan ) sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu , mudah2an kamu berTAQWA.”

SEKIAN, WASSALAM.

Sumber : DetikIslam

Wednesday 19 March 2014

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu


‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...