Saturday, 14 December 2013

TSUNAMI ANTARA BUKTI KEKUASAAN ALLAH




Peristiwa ombak besar Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu rentetan gempa bumi di Acheh yang telah meragut nyawa ratusan ribu umat manusia terus menjadi tajuk utama akhbar, tv dan media massa yang lain dan terbaru di Jepun. Kita sebagai umat Islam yang mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah mesti mengambil iktibar yang sebanyak mungkin daripada peristiwa yang menggemparkan dunia ini sehingga kita mampu menghampirkan lagi diri ini kepada Allah. Kita jangan menjadi umat yang sekadar melihat dan mendengar peristiwa yang berlaku sedangkan diri mereka tetap ditakuk yang lama iaitu hanyut dengan tipu daya dunia. Kita juga turut disuruh berfikir secara rasional mengenai apa yang berlaku agar ia dijadikan pengajaran berharga dalam menginsafkan diri kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan.
Bagi menguatkan pegangan kita tentang apa yang berlaku merupakan antara tanda kekuasaan Allah maka kita datangkan dengan 3 dalil atau hujah iaitu sebagaimana berikut:



Dalil akal: melaluinya kita sebagai seorang yang beriman wajib yakin bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja samada dengan bersebab atau ada tanpa sesuatu sebab kerana Allah membuat sesuatu mengikut kehendakNya bukan dipaksa oleh kuasa lain. Oleh itu Allah mendatangkan tsunami ini samada disebabkan kedurhakaan manusia atau kerana kehendakNya semata-mata adalah bergantung kepada kehendak atau iradatNya bukan semestinya ada sebab baru ia boleh berlaku.
Dalil Naqli atau wahyu maka di sana banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyatakan setiap yang berlaku samada gempa bumi, petir, banjir, taufan, gerhana merupakan antara tanda kekuasaan Allah bagi menjinakkan hati manusia untuk menghampiri Allah sepanjang masa
Dalil adat termasuk teori sains walau pun ada yang berbetulan atau tidak maka ia juga boleh dijadikan hujah untuk kita menerima bahawa tsunami yang berlaku akibat kealpaan manusia itu sendiri seperti merosakkan hutan paya bakau yang menyebabkan kerosakan akibat ombak lebih besar berbanding jika hutan itu dijaga atau dikekalkan. Begitu juga kecuaian manusia yang menguji senjata di dalam laut yang menyebabkan boleh berlakunya gempa bumi. Ini semua memberi pengajaran yang besar kepada manusia agar menjaga alam sekitar dengan baik disamping tidak melakukan kedurhakaan terhadap Allah.

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...