Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni.
Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.
Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.
Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.
Beliau bertanya kepada Rasulullah saw “wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?” Baginda juga merupakan sepupu beliau.
Baginda menjawab “wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini.”
“Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu.” Balas Saidina Ali. Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun.
Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata “sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!”
Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa. Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini.
Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
Moutain Flight : New Android Game
10 years ago
0 comments:
Post a Comment