Wednesday, 11 December 2013

AMALAN 40 HARI BERTERUSAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Permulaan perjalanan ahlullah ialah dengan selawat. Saya menggunakan istilah Ahlullah merujuk kepada perjalanan kerohanian para wali Allah yang telah mencapai redha Allah. Selawat ada banyak kelebihan.
Guru saya kata "si salik (org yg mula hendak berjalan mendekatkan diri kepada Allah) mesti bermula dgn selawat. Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada Allah adalah dari Rasulullah saw.
Untuk menjadi mendekatkan diri kepada Allah, kita mesti mulakan dgn selawat kerana Allah sendiri dan para malaikatNya berselawat. Berzikir semata2 tanpa selawat, inshaAllah salik akan dapat membuang kecenderungan syahwat makan, syahwat tidur, jadi rajin beribadah, TETAPI salik tidak akan dapat membuang ego & sombong.
Ingatlah bagaimana iblis yg tidak berselawat itu jadi sombong. Jadi ringkasnya, berzikir dengan banyak TANPA berselawat ialah laluan utk jadi iblis. Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan utk jadi hamba Allah.
Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat.
Untuk permulaan mendapatkan kekuatan iman, kita perlu berselawat sebanyak 40 ribu selama 40 hari. Siapkan 500X selepas subuh & 500X selepas Asar setiap hari. Insya Allah sesuatu yang ajaib akan berlaku. Hati anda akan terpaut dengan Rasulullah s.a.w. dan para Ahlullah. Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi mudah. Urusan dunia dipermudahkan.Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.Wasalam.

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...