Seorang pegawai keselamatan di penjara Guantanamo yang tiada agama ataupunatheis, Terry Holdbrooks telah memeluk islam hanya disebabkan melihat tahanan muslim di tempat kerjanya muslim selalu tersenyum.
Beliau tiba di Guantanamo pada tahun 2003 ketika itu berusia 19 tahun datang sebagai seorang atheis namun setahun selepas itu menjadi seorang Muslim yang taat.
Holdbrooks mengaku yang beliau merasa kagum dengan tahanan-tahanan penjara yang boleh bangun setiap hari dalam keadaan tersenyum walaupun tak berdaya dan terpasung di sebuah kem penjara dengan tipisnya harapan untuk mendapat kebebasan.
Beliau memeluk Islam setelah menghabiskan banyak masa berbincang dengan beberapa tahanan yang boleh berbahasa Inggeris. Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak diketahui melainkan perkara itu hanya ada di dalam islam.
Maka, Terry Holdbrooks mula bertanya mengenai islam sehingga berjam-jam. Kemudian, seorang dari tahanan penjara memberikan kepadanya salinan al-quran untuk dipelajari.
Alhamdulillah, beliau telah memeluk agama Islam di tangan salah seorang tahanan di penjara itu.
0 comments:
Post a Comment