Assalamualaikum kepada para pembaca yang dirahmati Allah s.w.t., terima kasih kerana sudi membaca di blog saya yang serba kerdil ini (namun dihiasi ilmu agama) dan terutamanya, saya memohon maaf dari hujung rambut sampai stokin kerana saya sudah tidak lama 'update' blog kerdil saya ini atas urusan-urusan yang tidak dapat saya elakkan(urusan kemasukan Universiti kerana saya telah tamat SPM).
Baiklah, cukup dengan pengenalan panjang lebar di atas, saya ingin menerangkan tatacara solat dhuha.
Solat dhuha adalah antara solat-solat sunat yang digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., hal ini kerana solat ini membuka pintu rezeki dan menepis penghalang rezeki dari sampai kepada kita, insha-Allah.
Solat dhuha boleh dilakukan dalam 2, 4, 6 dan 8 rakaat berdasarkan yang pernah dibuat baginda Muhammad s.a.w..
Lafaz Niat : Usolli sunnatan dhuha rok'ataini lillahi ta'ala
Niat : Sahaja aku solat dhuha 2 roka'at kerana Allah ta'ala.
Namun perlu diambil perhatian, sekiranya ingin melakukan solat dhuha 8 rakaat, maka setiap 2 rakaat perlu ada taslim (salam penghujung solat).
Contohnya, laksanakan dulu 2 rakaat, kemudian beri salam. Kemudian 2 rakaat lagi, dan salam. Sehinggalah mencukupi 8 rakaat yang diingini.
Waktu : Waktu yang paling sesuai (jika tidak nampak matahari) adalah dalam pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Sekiranya nampak matahari, maka waktu sesuai adalah apabila panas matahari menyengat kulit anda.
Setelah solat sunat dhuha, berzikirlah kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat melaksanakan solat dhuha sedangkan orang lain sibukkan diri dengan 'perkara tidak kekal(dunia)'.
Doa Solat Dhuha
ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.
Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.
***
Selamat Melaksanakaan Solat Dhuha Sahabat-Sahabat Semua
Sumber : http://akucintakanislam.blogspot.com/
Moutain Flight : New Android Game
10 years ago
0 comments:
Post a Comment