Monday, 27 January 2014

Jahil: Syarikat AS hasilkan peluru babi untuk hantar muslim ke neraka

peluru babi

Sebuah syarikat persenjataan AS telah menghasilkan peluru berlapis lemak babi untuk digunakan terhadap Muslim.

"Dengan Jihawg Peluru, anda tidak hanya membunuh pengganas Islam, tapi anda juga akan menghantarnya ke neraka," kata pemilik South Fork Industries dalam siaran akhbar yang dipetik oleh The Washington Post.

"Itu perkara penting, kerana ia akan memberikan suatu ketakutan kepada bakal syahid Islam untuk mereka fikirkan sebelum mereka memutuskan untuk melancarkan serangan. Tambahnya.

Syarikat senjata yang berpusat di Dalton Gardens, Idaho jurucakap syarikat berkata, "yang disebut Peluru Jihawg, adalah" Penghalang pertahanan diri (defensif) dari orang-orang yang ekstrimis yang bertindak atas nama Islam. "

Menurut syarikat itu, peluru yang bersalut lemak daging babi, menjadikan peluru itu "haram", atau bahan-bahan yang haram yang dapat menembusi dan masuk ke dalam tubuh Muslim.

Dikatakan bahawa peluru akan membuatkan seorang muslim yang ditembak walaupun dengan satu peluru itu akan menghalang dari masuk syurga.

Syarikat mengatakan peluru babi ini akan membuat "para pengganas" akan berwaspada dan berdamai melalui 'Babi'.

Website syarikat itu juga membawa sejumlah slogan yang dianggap anti-Muslim, dengan menampilkan slogan-slogan seperti "Masukkan daging Babi di Muhammad"

Konsep syarikat tersebut tidak mempunyai pemahaman yang tepat dari ajaran al-Qur'an berkaitan daging babi.

"Tidak ada sekatan dalam Islam hanya kenalan langsung dengan daging babi, seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur'an," kata Shannon Dunn, pembantu profesor kajian agama di Universiti Gonzaga, The Washington Post.

Dunn berkata ayat-ayat Al-Quran hanya melarang mengguna daging babi dan bangkai.

"Setahu saya, umat Islam, tidak akan dilarang memasuki syurga hanya kerana tersentuh daging babi," katanya.

"Bahkan ada beberapa penafsir yang menunjukkan bahawa umat Islam dibenarkan memakan daging babi jika dalam keadaan darurat, daripada bahaya kelaparan atau kejahilan, daging babi boleh menjadi dibenarkan jika dihadapkan dengan alternatif keterpaksaan seperti itu." Tambahnya.

Diterjemahkan oleh detik islam dari sumber eramuslim.com


Sumber : Detik Islam

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...