Zionis serang Gaza lagi. Bermula dengan serangan yang membunuh pemimpin Briged Izzudin Al Qasam, Ahmad Jabari, pada 14 Nov 2.45 ptg. Diakhiri genjatan senjata selepas 8 hari. Ini mengulangi skrip yang sama saban tahun. Begitulah seperti Operasi Cast Lead pada 2007, 2008, terbesar pada 2009 dan 2010. Malah 3 jam selepas serangan bermula, US telah menyeru genjatan lama jangka panjang. Ia mengulang skrip lama. Israel serang Gaza, pemimpin Arab merangka genjatan senjata, US mastermindnya, Israel setuju dan kemudian cabul genjatan senjata. Pada 2008, Hosni Mubarak jadi hero kononnya merangka genjatan senjata. Kali ini Dr Morsi jadi hero terkini.
Apakah genjatan senjata dan perjanjian damai penyelesian bagi yang benar bagi Palestin?
Ataukah Fatwa Qardhawi untuk boikot produk Israel penyelesaian Palestin?
Atau bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan, selimut dan bantai persis mangsa tsunami dan taufan?
Atau Palestin ini memang tiada penyelesaian, hingga turun Imam Mahadi dan Nabi Isa?
JENAZAH ASSYAHID AHMAD JABARI |
Pelbagai siri perjanjian damai telah diadakan, kononnya bagi menyelesaikan masalah Palestin dengan mewujudkan 2 negara Palestin dan Israel. Ia sebagaimana terkandung dalam Resolusi 181 PBB pada 1948. Perjanjian Oslo, Camp David, Wadi Urubah, Sharm Al Sheikh, Doha dan sebagainya adalah perjanjian untuk memaksa umat Islam terutama pemimpin Palestin menerima penyelesian 2 negara ini. Fatah sudah lama mengkhianati Islam, menerima perjanjian ini. Hamas walaupun menerima sanggup penerima 'penguasaan' di Gaza, tapi masih keberatan menerima pemecahan 2 negara ini. Cuma sejak terlibat dalam pilihanraya, aktiviti jihad tidak segencar dulu kecuali Briged Izzudin Al Qassam. Dan inilah perancangan tersusun US, untuk melunak Hamas melalui Morsi. InsyaAllah ia tidak akan berjaya kerana ramai di sana itu pejuang-pejuang Islam yang ikhlas.
PERSIDANGAN LIGA ARAB DI KAHERAH |
Dr Morsi memainkan peranan besar bagi kes Gaza. Obama dilaporkan telah berbincang dengannya untuk memainkan peranan mengatur genjatan senjata. Hillary Clinton terbang terus ke Israel bertemu dengan Benjamin Netanyahu, kemudian bertemu dengan Mahmud Abad di Tebing Barat, sebelum bertemu Morsi di Kaherah. Akhirnya Dr Morsi berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan Hamas. Genjatan senjata dimeterai setelah Israel bersetuju dengan dengan isi perjanjian. Antaranya genjatan senjata jangka panjang dan dan pembukaan blockage gaza,
Kenapa Genjatan Senjata Jangka Panjang?
Sikap Hamas tidak mengiktiraf negara Zionis dan serangan roket berkala ke Israel adalah suatu ancaman kepada Zionis dan rakyatnya. Israel adalah negara kecil dengan jarak rentas sempadan hanya 40 batu nautica. Di setalahnya adalah Mesir, diutaranya adalah Syria. Kini, Israel perlu mengerahkan kekuatannya ke utara, Bukit Golan, bersedia menghadapi segala kemungkinan di Syria.
Briged Jihad Attawheed bersama FSAsemakin kuat di Syria. Asad semakin lemah. SNC telah gagal dan US telah menggantikannya dengan National Coalition for Syrian Revolutionary and Oposition Forces (NCS). Ketuanya adalah seorang Imam dari Damascus. Turki dan Qatar memainkan peranan yang besar untuk memastikan penyelesaian Syria berakhir dengan aspirasi US. Alternatif lain adalah dengan mengenengahkan Ikhwanul Muslimin. Malah, pemimpin-pemimpin IM di Syria telah secara terang-terangan akan melaksanakan pemeritahan negara sivil, bukan negara Islam. Itu makar mereka, tetapi bagi Israel mereka perlu bersedia bagi worst case senario andai segala makar jahat itu tidak berjaya. Bagaimana jika Briged-briged jihad itu berjaya menguasai Syria, mereka ini perjuangannya adalah negara Islam dan rapat dengan Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir Syria juga semakin kedepan bersama umat memperjuangkan khilafah, segala kemungkinan boleh terjadi dalam keadaan begini.
Israel perlu mengarahkan lebih penumpuan tenteranya ke Bukit Golan. Ia tidak mampu berhadapa dengan dua musuh dari Gaza dan Syria dalam satu masa. US memainkan peranannya menjadikan Dr Morsi sebagai bidak perbincangan dengan Hamas. Agar Hamas lebih lunak dan tida mengambil kesempatan andai Israel menghadapi saat kritikal di Bukit Golan. Zionis memerlukan genjatan senjata jangka panjang.
Apakah Tiada Penyelesaian?
Boikot bukan penyelesaian bagi Palestin. Bantuan kemanusiaan mungkin membantu meringankan penderitaan, tetapi ia tidak menyelesaikan penjajahan Zionis di Bumi Suci Palestin. Dan dunia Arab terus mengkhianati Palestin dengan perjanjian damai dan genjatan senjata. Walhal Allah telah menunjukkan penyelesainnya bagi bumi Islam yang diserang. Firman Allah yang bermaksud:
" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tidak melampaui batas. Dan bunuhlah mereka di mana kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusirkamu..... " (Al Baqarah 190-191)
JIHAD DAN KHILAFAH UNTUK MENGHENTIKAN INI SEMUA |
Dalam kitabnya Al Hasyiah, Ibn Abidin menyatakan fardhu ain bagi mereka yang tinggal di sekeliling wilayah yang diserang kaum kufar untuk membantu umat Islam yang diserang. Manakala fardhu kifayah bagi umat Islam yang jauh. Sayangnya realiti hari ini, semua pemimpin Arab mengkebirikan tentera-tentera mereka. Erdogan yang kononnya lantang menghentam Zionis, hanya mengutuk apabila Zionis menembak mati 4 rakyatnya dalam misi Mivi Marmara. Apatah lagi menghantar tentera. Ketika kempen presiden mesir di Dataran Tahrir Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie, melaungkan Jihad untuk membebaskan Palestin esok hari dan Gaza sebagai ibu kota Khilafah dan malah mengkritik genjatan senjata yang diusahakan Morsi
Sedih sekali hingga kini walau Gaza sekali lagi diserang tiada jihad kecuali genjatan senjata yang dipelopori US. Jika mereka yang kononnya memperjuangkan Islam sendiri bersikap begini, apatah lagi yang boleh diharap kepada rejim-rejim Qatar, Saudi, Jordan dan sebagainya itu. Oleh itu, kita tiada pilihan lain kecuali menguasahakan penyelesaian ampuh, iaitu khilafah yang mana akan melancarkan jihad membebaskan Palestin. Benarlah sabda Nabi yang bermaksud"
"Imam itu umpama perisai,(umat) berperang dan berlindung (dibelakangnya)" (HR Muslim)
0 comments:
Post a Comment