Tuesday, 21 January 2014

Ujian Semua Benda Naik!

naik

Semua Benda Harga Naik..

naikSekarang ini, harga semua benda naik. Baik makanan, minyak petrol, tarif elektrik dan sebagainya.

Jadi, ramai yang merungut duit tak cukup, tertanya-tanya macam mana nak berjimat dan bla-bla.

Ada pulak yang sibuk mencari pekerjaan sambilan sebab sara hidup meningkat. Sanggup bersengkang mata atau memerah keringat sehingga ke lewat malam untuk mencari wang dunia.

Tak kira apapun yang kita lakukan, semuanya bagi memenuhi keperluan masing-masing, bukan?

Tapi, mata insan yang kerdil ini melihat insan disekelilingnya berbeza.Insan kerdil ini seorang mahasiswi. Antara yang dilihat,

Masuk semester baru, telefon pintar berharuman kedai. Namun, bila suruh beli buku;
     “Sir, tak boleh ke photostat je buku tu?”

     “Ustaz, kitab tu ada tak dekat library.Kalau tak ada, baru saya nak beli..hehehe..”

     “Weh, buku semester nie semua mahal-mahal. Habis duit aku..”

Patutnya dijawab kepada insan-insan seperti ini;

     “Meh, telefon baru awak saya pergi jual. Masyuk kalau jual tu. Baru lagi kan? Dapat  beli buku, kitab dan belanja makan minum awak.”

Kekadang kita tidak sedar akan perbezaan keperluan ataupun kehendak. Rasulullah menyuruh kita untuk bersederhana dalam segala segi.Kalau kita mampu, tak perlu untuk tersentap dengan perkara ini.

Namun, layakkah seorang mahasiswa yang belum bekerja ataupun income sendiri untuk memakai barangan yang dianggap sebagai kehendak? Kita hidup diatas kekayaan ibubapa anda.

Ya, kekayaan mereka yang dihulurkan oleh Allah swt. Tak adakah perasaan bersalah kita melihat insan bergelar bapa penat lelah mencari wang untuk kita belajar namun di gunakan untuk telefon atau gadget baru?

Tak adakah sekumit rasa bersalah itu, jika dia tahu kita menggunakan wang yang disimpannya untuk pembelajaran kita digunakan kearah lain?

Apabila wang tidak mencukupi, tanpa rasa segan dan malu, meminta kepada mereka (ibubapa) padahal wang yang diberikan selama ini sudah lebih mencukupi. Bersederhanalah….

Situasi ini selalu juga berlaku..
“Laparlah, jom McD?”

“Weekend ini outing nak?Bulan ini tak outing lagi.Nak makan KFC, Cadbury, Coolblog,nak cari baju and bla-bla…..”

Jawapan;

“Mahal itu,makan biasa-biasa cukuplah. Bukan semua barang naik ke? Nanti hujung bulan, duit belum masuk mulalah makan maggie…”

“Outing memang kewajipan ke? Nie tahajjud bulan ini berapa kali buat? Berapa juzuk dah?

Ramai yang cakap nak outing sebab nak release tension atau mereleasekan duit dari poket? Penat lima hari bekerja atau belajar. Bukankah, solat itu rehat bagi seorang muslim?

Tak salah bagi anda yang ingin mereward diri sendiri tapi perlukah reward hampir setiap hari?

Sebenarnya,semua insan mampu mengharungi detik-detik susah seperti ini. Jika mereka mengetahui dan dapat membezakan yang mana keperluan dan kehendak. Imbas kembali ingatan kita kepada zaman awal penyebaran dakwah Rasulullah di Mekah.

Pengikut Islam terpaksa merebus semula kasut-kasut mereka untuk dimakan dan ada juga diantara mereka terpaksa mengambil ranting kayu sebagai pengalas perut sehingga bibir-bibir mereka pecah-pecah.

Sudah semestinya zaman kita ini tidak seperti itu namun sebaliknya,kita bukannya kekurangan makanan malah berlebihan rasanya.

Bolehkan kita mengambil pengajaran dari peristiwa ini? Hidup dalam penuh kesederhanaan, melebihkan akhirah dari dunia.

Maksudnya, pernah tak masa-masa tambahan yang kita luangkan untuk mencari rezeki diluangkan buat sujud kepada Allah?Pernah tak wang pendapatan kita disedekahkan?

Meskipun waktu itu kita sendiri pun tengah sesak? Mahasiswa/i mesti pernah bersengkang mata untuk study, layan Runningman, layan movie korea, Dota tapi subuh lambat atau lebih teruk, tak bangun langsung! Qiam dan dhuha jangan cakaplah.

Selalu kita dengar bukan, jika ingin melihat bagaimana keadaan sesebuah negara di masa hadapan, lihatlah anak mudanya.

Okay, bagaimana negara yang aman ini boleh bermimpi untuk terus aman jika remajanya masih diulit mimpi berjaya menanggalkan tag nama Kim Jong Kook dalam Runningman disaat laungan Hayya a’ala falah berkumandang dini hari?

Atau, bagaimana ekonomi negara itu bisa kukuh dan hebat seperti zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dimana amat sukar untuk mencari penerima zakat kerana semua rakyat dalam keadaan kewangan yang baik jika para bakal peneraju ekonomi sendiri boros berbelanja.

Rezeki itu datang dari Allah.Jika kita lupa akan Dia, bagaimana rezekinya mahu datang kepada kita? Kekayaan dan kemiskinan merupakan ujian Allah kepada hambanya. UJIAN.

Sedarkah kita akan ujian itu?

Anggaplah segala kenaikkan harga barang, kemunculan cukai baru itu sebagai ujian yang memantapkan iman dan mungkin akibat kekhilafan percaturan kita dahulu.Munasabah diri itu lagi penting dari menyalahkan insan-insan lain.

~ini hanyalah pemerhatian saya yang lemah..~

*****

Artikel ini adalah perkongsian daripada Nur Zieyla ke Inbox emel kami. Semoga memberi sedikit sebanyak input yang baik kepada pembaca.

Sebarang komen adalah sangat-sangat dialukan =)

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...