Monday, 10 February 2014

Penjaga Gol Korea Selatan Seorang Muslim

Penjaga Gol Korea Selatan Seorang Muslim

Lee merupakan penjaga gawang pasukan bola sepak Korea Selatan yang pernah bermain beberapa kali di pentas Piala Dunia. Kali terakhir di pentas Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sebelum ini, Lee pernah bermain di Piala Dunia 1994, 2002 dan 2006. Lelaki kelahiran Cheongju Chungbuk, Korea Selatan pada 26 April 1973 ini selalu diberi kepercayaan mengalas sebagai penjaga gol nombor satu Korea Selatan.

Penjaga gol senior pasukan kebangsaan Korea Selatan ini mungkin boleh dikatakan satu-satunya pemain Muslim yang pernah berada dalam skuad Korea Selatan ketika Piala Dunia 2010 yang lalu.

Keislaman Lee ini pada awalnya memang belum diketahui ramai pihak. Majoriti penduduk Korea Selatan beragama Buddha dan Kristian. Jadi, tidak menghairankan jika Lee sudak memeluk Islam jarang didedahkan. Walaupun begitu, Lee terkenal di kalangan muslim yang meminati bola sepak.

Lee menjadi mualaf sejak tahun 2004. Jadi, dia sudah menjadi Muslim sebagai pemain Korea Selatan ketika di Piala Dunia 2006 di Jerman lagi.

Perkenalan Lee dengan Islam berlaku di tahun 2004. Sebelum memeluk Islam, Lee adalah penganut Kristian yang taat. Namun, perkembangan Islam yang cukup pesat di negaranya membuat dia tertarik dengan ajaran Islam. Lee akhirnya memutuskan menjadi Muslim. Sejak saat itu dia taat menjalankan solat dan puasa .

Pada bulan Ramadan, Lee tetap berpuasa walaupun pertandingan bola sepak sedang berlangsung. Setiap hari, Lee seperti biasa menjalankan solat lima waktu dan sesekali ke masjid ketika pulang latihan atau menuju rumahnya. Lelaki berusia 37 tahun ini menikmati hari-harinya dengan tenang walaupun orang-orang di persekitaran sekitarnya kebanyakan bukan Muslim.

Lee merasakan tolerasi beragama begitu baik dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan dan di kelab sehingga dia tidak merasa segan dengan gelaran Muslim yang disandangnya.

Sudah bersara

Sepanjang kerjayanya, Lee sudah mengikuti empat Piala Dunia dan tersenarai salah seorang dari tujuh pemain Asia yang pernah bermain di empat Piala Dunia yang berbeza. Namun, pada Piala Dunia 2010 lalu dia hanya menjadi pemain simpanan.

Ketua jurulatih Korea Selatan Huh Jung Moo lebih percaya posisi penjaga gol nombor satu diletakkan kepada Jung Sung Ryong.

Kedudukannya sebagai pemain di bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2010 lalu, mungkin membuatkan Lee akhirnya memutuskan untuk bersara sebagai pemain kebangsaan. Perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 11 Ogos 2010 lalu dengan kemenangan 2-1 menjadi penampilan Lee yang terakhir dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan. Lee telah menjadi sebahagian dari skuad Knight Taegeuk dalam 130 perlawanan sejak 1994.

Sumber : Detikislam

0 comments:

Post a Comment

About

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...