Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-piutang. Bahkan Rasulullah dalam sembahyangnya sering memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang, "Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan hutang."
Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).
Siapa saja, di antara kita pasti pernah mempunyai hutang. Hutang boleh membuat orang bersedih dan fikiran tidak tenang. Kepada para sahabatnya, Nabi menegaskan, bahawa hutang-piutang adalah perkara yang harus disegerakan. Kerana kepentingan membayar hutang, Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada sahabatnya.
Abu Umamah, sorang sahabat Nabi SAW pernah merasakan kegelisahan dan kebingungan kerana mempunyai hutang yang tidak boleh dibayar. Suatu ketika dia sedang termenung di Masjid memikirkan hutang-hutangnya. Melihat sahabatnya gelisah, Rasulullah SAW langsung bersabda dan memberikan doa kepada Abu Umamah untuk diamalkan setiap pagi dan petang.
Doanya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).
Islam mengajarkan untuk tidak menganggap remeh masalah hutang. Jika ada keluarga yang meninggal dunia, para ahli keluarga waris berkewajiban menyelesaikan terlebih dahulu masalah hutang-piutang, sebelum dikebumikan. Kerana sensitifnya masalah hutang, sehingga Nabi sendiri tidak segera untuk mensolatkan jenazah sebelum hutang-puitangnya dilunaskan.
Suatu ketika satu jenazah dibawa kepada Nabi SAW untuk disolatkan. Nabi bertanya dulu kepada sahabatnya, apakah jenazah tersebut mempunya i hutang atau tidak. Setelah ada kepastian, bahawa jenazah tersebut tidak mempunyai hutang, Rasulullah SAW terus mensolatkannya.
Kemudian dibawanya satu lagi jenazah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanya, "Apakah orang ini mempunyai hutang?" Para sahabat menjawab: "Ya". Maka Nabi bersabda: "solatkanlah saudaramu ini". Berkata, sahabat Abu Qatadah: "Biar nanti aku yang menanggung hutangnya". Maka Beliau SAW mensolatkan jenazah itu. (HR Bukhori).
Hutang adalah penghalang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan masuk ke dalam syurga-Nya. Hutang juga yang akan melemahkan segala amal kebajikan yang dilakukan di dunia. Pahala jihad di jalan Allah adalah sebaik-sebaik pahala dan bekal di akhirat nanti. Dalam Islam, pahala jihad dapat menghapus segala dosa, tetapi boleh terhalang jika mempunyai hutang. Sabda Nabi dalam riwayat Imam Muslim, "Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."
Jika hutang boleh menjadi beban di sisi Allah, bagaimana dengan rasuah yang merompak wang rakyat berbilion ringgit? Pastinya, bahawa rasuah akan menjadi hutang di akhirat kelak, yang membuat pelakunya muflis.
Hadis Nabi SAW dalam sahih Muslim, menyebut rasuah sebagai manusia muflis. Kelak pada hari kiamat, semua pahala solat, puasa dan zakat akan diambil Allah SWT hingga tidak berbaki, dan diberikan untuk orang lain. Tidak hanya itu, perasuah juga akan dibebani dosa setiap orang, yang hartanya saat di dunia yang dia curi.
Diterjemahkan dari sumber fiqhiislam
0 comments:
Post a Comment